Ads by Nuffnang

Tuesday, 10 September 2013

5 days in Melbourne, Australia (winter season) #2

Day 3 – Victoria Market & Bathing Boxes Brighton

Lupa nak beritahu korang, time kami visit rumah izzah dorang ada suggest to rent a car. Kami mulanya tak plan nak drive kat sini sebab peraturan jalanraya kat sini agak lain sikit & plus kami tak extract pun license. But husband izzah @ hafiz kata okay je semua tu dia boleh ajar & license just tunjuk Malaysian license je dorang still boleh accept. So kami pun rent a car start from today until last day kami di sini, kira return dekat airport pick up di Elizabeth street (thrifty rental car- http://www.thrifty.com/ aud280++ for 3 days include gps). Fyi, nak renting car kena guna credit card because they don’t accept cash. Bila dah dapat kunci tengok-tengok kami dapat ford focus, wahh bestnya kat Malaysia saya tak mampu nak beli kereta camni..haha..

our car..hehe
So first destination yang kami nak pergi dengan kereta adalah Victoria market (closed on Monday & Wednesday, open till 3pm on Sat). Barang-barang dalam Victoria market ni memang best, rambang la mata kami dibuatnya..haha..cakap je apa yang korang nak semua ada di sini..lengkap!! Oleh kerana hanya hari ni je kami boleh shopping so memang tak fikir panjang terus beli souvenirs & makanan untuk barbeque esok.





alat muzik orang asli Australia
Eh lupa masa first day Azizi ada tunjuk kedai doughnut yang best iaitu depan queen victoria market (time tu petang dah tutup), so apa lagi jom ar try..kitorang beli 18 doughnuts for aud18 (aud1 each). Kitorang kat dalam market tu sampai tutup kedai la sudahnya..haha


Then dah puas shopping (tak puas sebenarnya, huhu) kami gerak ke esplanade brighton untuk tengok the colorful of bathing huts.


colorful bathing huts

Jam 6pm kami ada janji nak dinner dengan Azizi, so dia bawa kami makan kat kedai Indonesia (layan nasi ayam penyet & soda gembira..sedap weyy hehe). Disebabkan cuaca kat luar sejuk dan badan kami jadi di hydrated, so kami lepak la sebentar kat brunetti café layan hot chocs (aud11.70 for 3cups).



Day 4 – Philip Island

Pagi ni saya dan ana bersiap ke rumah izzah & hafiz. We’re invited to join them to have barbeque at Philip Island. Kebetulan malam tadi, ibu izzah & family hafiz baru sampai Melbourne. Ermm disebabkan kami hanya berdua (seat belakang kosong) so ada kenalan baru join kitorang, kak shuhadah, her husband, shamsul & their cute little daughter, sara.



Kali ini kami tak guna gps sebab kitorang follow kereta hafiz je..hehe senang sikit boleh nikmati pemandangan..tak kalut nak baca direction..Perjalanan ke Philip island ambil masa kira-kira 2 jam. Keadaan cuaca ketika itu windy ar, time drive terasa angin tolak kereta kita. Tempat pertama kami kunjungi setelah sampai di sana adalah wildlife park.



koala yg sedang tidur

Dah penat beri makanan kat kangaroo & haiwan-haiwan lain yang saya tak ingat namanya, tiba masanya kami pula yang makan. It’s time for barbeque!!!



 Okay, dah kenyang & dah selesai solat so lets move to another place pula (still dalam area Philip island).


The Nobbies

Too windy..badan pun macam nak melayang

Photo shoot done, jom balik yea. Eh lupa kami tak solat lagi, ermm jom solat jap di Musolla, Melbourne University. Okay dah, meh singgah jap rumah izzah dulu..It’s time to say goodbye to her family & many thanks to izzah sebab beri peluang kami join tour korang. It’s a pleasure!! Buat family kak shuhada thanks gak, hopefully next time saya datang melbourne kita boleh jumpa lagi & jalan sama-sama. Hehe..on the way balik hostel kami singgah jap kat shrine of remembrance & Melbourne Malaysia Hall (tak dapat menginap di sini sebab dah fully booked)..huhu

Shrine of remembrance

Melbourne Malaysia Hall

Day 5 – Great Ocean Road (GOR)

Hari terakhir la paling tak suka, sebab dah nak balik..sobsob..lupa daratan seketika, hehe tapikan bila berada di Melbourne ni tak rasa macam kat overseas sebab ramai orang Malaysia kat sini.

Hari ni kami plan nak pergi GOR dengan berpandukan gps dan trip kali ni hanya kami berdua je..flight kami jam 12.05am & rental car nak kena return kat airport jam 9pm..huhu after urusan check-out settle kami jalan-jalan area Melbourne city dulu, looking for breakfast/brunch..malangnya kedai di sini buka lambat, around 11am..so kami hanya dapat grab papparoti & lord of the fries je (chilli padi mamak kopitiam tak buka lagi that time)..

melbourne central shopping complex
 Jam 11am kami bergerak menuju ke GOR (arah geelong)..perjalanan hampir 4 jam nak ke twelve apostles..fuhh penat kot drive..haha tapi sepanjang perjalanan kita boleh berhenti untuk menikmati scenery..

Split Point Lighthouse

Cadangan saya if korang nak pergi GOR better guna jalan torquay, anglesea, lorne & apollo bay, then balik guna jalan colac, princess highway..wanna know why I said so coz at least korang dapat cover ar seluruh GOR dalam masa sehari..tapi peringatan kepada anda yang ingin tour ke sana bersama geng perempuan sahaja & plan to drive, better gerak awal sikit pagi tu..sebab bila pulang nanti tak la malam sangat..fyi, jalan kat sana agak menggerunkan..hanya dikelilingi pokok-pokok yang tinggi, tiada lampu jalan & sangat susah nak jumpa kereta lalu lalang..ye la macam kami 11am baru gerak, jam 4-5pm baru sampai twelve apostles (berhenti ambil gambar lama sangat & cuaca time tu tak berapa elok..dengan hujan lagi ditambah pula dengan keadaan angin yang kuat)..hanya Allah je yang tau macam mana kami drive time tu, doa & zikir yang mengiringi perjalanan kami pulang menuju ke airport..




Sheep

12 apostles
Alhamdullilah setelah mengharungi pengalaman yang menyeramkan tu, kami pun sampai airport on time. Urusan check-in & imigresen settle bererti lagi beberapa minit kami akan meninggalkan Melbourne, Australia. Home sweet home!! Ermm sedihhh..

It’s such a great holiday & I can’t forget the memories that have been created there. I swear if one someday I got extra money, i'll come here again. MELBOURNE!!

Thanks for reading guys. If you have any queries, you could email me at lynnazainal@gmail.com 



Monday, 9 September 2013

5 days in Melbourne, Australia (winter season) #1

Hello,

Last month I went to Melbourne for a holiday with one of my gugurls and some of my friends asked me about the trip, so I’ve decided to share this with you guys. Actually, memang tak plan pun nak pergi Melbourne or even Australia. But suddenly, ana texted me about the flight ticket price to Melbourne (RM886 return- Air Asia X). Tanpa berfikir panjang memang on je la kan. Then dah beli barulah kitorang buat research bout Melbourne. Sangat lucky kami ada kenalan di sana, Azizi (my sis’s friend, study kat RMIT) dan keluarga Nurul Izzah http://nurulizzahz.blogspot.com/ (blogger & kebetulan 1 batch 1 university) yang stay kat sana sebab husband dia study di Melbourne University.

Ok lets start the journey, perjalanan kami ke Melbourne bermula pada 14 ogos 2013 jam 10.30 pm tapi disebabkan apa entah flight kitorang delayed one hour (on board). Tapi tak kisah sangat la sebab ambil flight malam memang bertujuan nak tidur je, so masuk-masuk terus prepare nak tidur. Time kami masuk perut kapal tu, ada FA tegur kami “adik, cukup ke beraya?”..haha senyuman je la yang dapat kami balas, tak sampai hati nak cakap kami ni tourist bukan student kat Melbourne (poyo kan baby face). Ermm..ikut kan yang ni first time saya naik flight yang long hours like almost 8 hours, so tak berapa nak comfortable sangat tidur di seat je. Banyak kali gak berjaga. Fyi, kami beli flight yang kosong without meal or check-in luggage, so bila FA lalu dengan makanan memang tergoda maka kami pun terbeli gak tapi dorang bagi lambat 3 jam kot (maybe dorang tengok kami tidur nyenyak sangat takut nak kejutkan) haha. Jam di tangan menunjukkan jarum 5.45am (waktu Malaysia), maka kami yakin untuk solat subuh dengan cara duduk di seat.

Day 1 - Melbourne City 

Sunrise dah kelihatan menandakan kami hampir sampai ke destinasi kami. Yeaahhh alhamdullilah kami touch down di tullamarine airport, Melbourne jam 9.20 am waktu aussie (perbezaan waktu kita 2jam). Part ni memang agak menakutkan sebab ramai kata airport Australia ni agak strict dan kami ada bawa makanan dari Malaysia (e.g. milo 3in1, kek buah, nugget mc'd (beli kat lcct), biskut etc). Oleh itu, atas nasihat kawan-kawan kami memang declared la barang yang kami bawa (soalan 6 & 7 tick Yes). Then bila kat imigresen, dorang pun check barang kami & thanks Allah kami lepas. Ermm rasa-rasa nya cara dorang treat tourist tak la seteruk yang kami fikirkan, dorang memang welcome kita & orang Australia sangat lah friendly!!! 

Di airport kami terus ke information counter untuk beli tiket skybus to southern cross station (one way ticket- aud 17 per person). Dan kami ke kedai optus untuk beli simcard (aud 50) for a month with full package. Actually boleh dapat lagi murah tapi kena beli di melbourne city lah. Saya terpaksa beli kat airport sebab nak bagitau orang m'sia, We’re here!! Hehe & also nak contact member melbourne saya (mentioned above).

simcard
After everything’s settled, kami pun keluar dari airport & catch skybus at terminal t3. Sesampainya kami di southern cross station kami ambil skybus hotel transfer service http://www.skybus.com.au/hotel-transfer-service/ to urban central hostel (location:southbank) http://www.urbancentral.com.au/ untuk process store baggage, ye la check-in kan jam 2pm. Kami book female dormitories (4 persons in a room) for 4 nights with aud 192 for 2 pax. Hostel ni sangat affordable dan recommended la  untuk backpackers tapi kena jalan sikit ke tram station or city circle. Dah settled letak bag & end our conversation with hostel receptionist, kami pun keluar menuju ke state of library Victoria utk meet & greet Azizi..haha Kami minta tolong Azizi tunjukkan tour agent yang boleh bagi kami good package to Mt Buller & also tunjukkan kami tempat makan yang sedap sebab dah lapar ni..hehe By the way, kami jalan tau dari hostel ke melbourne city. Hahaha letih juga la tapi ini pengalaman yang sangat indah, anda jangan risau kat melbourne ni, pedestrian diutamakan so if korang cross the road time lampu merah dorang still akan stop. Nak dipendekkan cerita day 1 kami hanya lah berjalan di sekitar melbourne city, yarra river, Victoria market, lepak dalam state of library sampai la ke petang. 

Di hadapan state of library, victoria
Lepas tu baru kami balik hostel & bersiap ke rumah izzah dengan menaiki tram. Seronok dapat jumpa family ni, dorang siap sediakan nasi ayam yang kami tempah melalui blog izzah & gila sporting dorang bawa kami jalan-jalan melbourne university malam tu dan mereka hantar kami pulang ke hostel.

myki card yang digunakan untuk menaiki tram
Ni la izzah & her daughter, iffah humaira
Day 2 – Mt Buller

Yesterday kami beli tour package di extragreen holidays to Mt Buller learn ski day trip for aud 189 & pants for a cost aud28..

Entrance ticket
So pagi ni, we need to wake up as early as 4.30am because bus akan bertolak jam 5.45am. Korang cuba bayangkan kami terpaksa jalan dari southbank to swanston street (pick up station) dengan pantasnya kerana takut ditinggalkan. Dah separuh jalan kami decide nak ambil cab tapi the driver said they can’t send us there because it’s quite near. Maka jalan lah kami dan Alhamdullilah selamat, we reached there on time, hahaha. Naik je bus memang kami sambung tidur la jawabnya sehingga tour guide kitorang beritahu untuk stop for awhile to have some coffee or to pee. 



Perjalanan berikutnya kami tak tidur sebab kami nak nikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, subhanaAllah cantiknya. Bila dah nak sampai mountain tu kelihatan taburan salji di atas jalan. Ermmm excited nya nak main ski, ni first time kot pergi time winter!!


ok kami dah ready nak main ski
Perjalanan ke Mt Buller mengambil masa dalam 3jam, so dlm 9-10am kami tiba di atas. Disebabkan kami beli package learn ski, jadi kena collect dulu ski equipments kat entrance dan jam 11am our ski instructor will teach us how to ski!! 

Ini dia chairlift yang kaminaik untuk ke mountain
Semua ni dah termasuk dalam 1 package, hanya pants kami sewa & we bought waterproof hand gloves which cost aud 25 sebab woolen gloves tak berapa nak tahan bila kena snow. After an hour learning, we try to play ski at our own. Hahahaha ingat terror sangat, setengah mountain tu kami dah jatuh. Nak bangun balik memang susah la, terpaksa minta tolong orang. Frankly speaking, saya memang tak tahan sejuk..muka dah nak beku ni..lol so masuk la kejap dalam coffee house layan hot coffee latte (hot choc tiada) & sausage roll. Sedar tak sedar half an hour kitorang kat dalam tu, gila syok la ada heater. After that kitorang tak sambung skiing sebab dah jam 3pm, kena turun mountain to return all the ski equipments because 3.30pm bus nak gerak pulang ke melbourne city. 

Okay kami bawa air mineral untuk memudahkan kami solat & before keluar hostel kami berwudhu dengan guna cara khuf. Dalam bus memang kami tidur, penat kot main ski & jatuh-jatuh lagi..haha..



skis, poles & boots
Dalam 7pm kami sampai di melbourne city, takkan nak balik hostel kan..its Friday night guys!!..haha memang malam ni hidup ar because night club will open till 2-3am kot..so drunker memang bersepah la but don’t worry ada police yang akan control the situation. On the way nak balik hostel, kami jalan-jalan singgah flinders street station, yarra river & melbourne hall. The night view in Melbourne city is sooo beautiful. 

Melbourne hall
flinders street station

yarra river
eureka tower
lukisan dinding di yarra river
Our dinner tonight served by izzah, she will deliver the meal to our hostel coz dorang ada guest & we’re totally damn tired. By the way thanks izzah for the bihun goreng. J

Okay part 1 done. :) 

welcome to my blog!!

Assalamualaikum,

Salam perkenalan daripada saya budak baru..hehe..ermmm sebenarnya dulu pernah tulis blog tapi dah tak ingat segalanya & now i'm back with the new one. And basically blog ni bertujuan untuk berkongsi my travel experience dengan sesiapa yang sudi membaca. Yes, I love travel since kat university. Ada geng yang kaki jalan maka kita pun on je la. Ikutkan dalam Malaysia ni semua negeri dah dilawati tapi tak la di setiap pelusuk daerah. Gila hebatkan kalau camtu..haha..overseas rasanya tak la banyak, so far bali, bandung, jakarta, singapore, ho chi minh, hong kong, macau & latest melbourne. So my next entry, i'll share my experience in Melbourne. Yang lepas-lepas tu, if masih kuat ingatan ni akan ku ceritakan kepada kalian semua..eceeehhh hahaa..

Sekian untuk mukadimah. blog ni menggunakan bahasa rojak..haha maafkan saya yea, i'm not a perfect..i'm still learning..