Ads by Nuffnang

Tuesday 13 May 2014

Camping santai Kem Lolo, Gunung Nuang

Tarikh: 26 - 27 April 2014
Line-up: Dalam 15 orang kot
Menu: Dinner- Bbq kambing & ayam, nasi goreng kampung
          Breakfast untuk keesokan harinya- Nasi lemak beserta hotdog scramble egg 

Hutan Lipur Gunung Nuang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri, juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. 17 km dari Bandar Cheras melalui Jalan Hulu Langat - Pangsun dan 28 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Merupakan gunung tertinggi di daerah Selangor iaitu 1493 meter dari aras laut (4898 kaki). Tapi trip kali ni tak sampai puncak pun, hanya takat kem lolo je. Haha..

Atas kesilapan teknikal, kami mulakan pendakian pada jam 6.30pm. Sampai check point pertama dah masuk waktu maghrib, maka kami rehat dulu dalam 45 minit settlekan solat dan rehat la sepuasnya. Sorang member kami terpaksa bergerak on that time nak catch-up group lagi satu yang naik awal sikit dari kami. Meremang gak bulu roma dia daki time waktu-waktu maghrib ni, keseorangan pulak dari check point 1 ke 2. Untuk sampai ke kem lolo akan lalui 5 check point dan akan menyeberangi beberapa kali sungai. 

Antara 10pm - 11pm kami selamat sampai ke kem lolo dan waaahhh khemah dah siap setting cantik oleh member kami yang lagi awal naik kem lolo semata-mata nak book camp site yang strategik tepi sungai. Terima kasih korang. Dah sampai kan, apa lagi jom ar start hidupkan arang untuk ber'bbq' la kita. Agak-agak perut dah diisi, tidurlah hamba dengan nyenyaknya. 

Keesokan paginya, bangun makan lagi dan mandi sungai. So trip kali ni memang santai sungguh. Korang takkan lapar nya la sebab nak turun ni bekalan makanan masih ada banyak lagi..hahaha

Our ascending time, we took about 2 hours 45 minutes and descending time, we took about 1 hour 40 minutes for 11.6 km return lolo camp. Good job, haha okay la kan for newbies. 

Sambil tunggu orang sambil bergopro yeaa


Port kami. Gambar malam tiada. Tapi aktiviti barbeque tu memang ada. 
Sungai sebelah khemah je.

Nasi lemak in the making.

Budak baju biru tu, arif yang naik sampai puncak gunung nuang.


Gopro dalam sungai with ana. Haha


Jom balik. 

Sebelum pulang rumah kami singgah makan petang jap.
Disebabkan kat atas line tak berapa nak okay, perghh banyak gila
notification masuk. Hehe

No comments:

Post a Comment