Ads by Nuffnang

Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

Eskpedisi menawan Gunung Angsi, Kuala Pilah

Tarikh: 12 April 2014

Masa: 8.00am 

Ahli kumpulan: 9 orang (geng hikers Gunung Datuk hari tu, ada new hikers gak)

Wang pendaftaran: RM5 (sijil disertakan..perghh)

Every month kena hiking!! (Januari and March dikecualikan sebab pergi travel & holiday..poyooss) Tu azam baru untuk 2014 kononnya, maka trip ni dikira untuk lepas gian la haha..if tak dapat join memang aku mengamuk..hehe Sebab patutnya last week aku join group backpackers pergi Gunung Gap-Gunung Ulu Semangkuk. Malangnya terdapat beberapa alasan yang membuatkan aku tak dapat pergi..Sedihhh

Tak pe la kan, insyaAllah next time boleh pergi..So after breakfast kami bergerak ke Ulu Bendul. Korang sedia maklum yeaa, Gunung Angsi ni terletak di Tanjung Ipoh yang mana terletak di daerah Kuala Pilah, Nogori Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian. Pencinta alam sekitar boleh la lihat pelbagai pokok tropika sepanjang pendakian dan pemandangan gunung-ganang dari puncak.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Trail mendaki kami pilih dari Ulu Bendul manakala trail menurun kami lalu Bukit Putus. Dapat merasai dua laluan yang berbeza. Tapi dari exit Bukit Putus tu kena jalan dalam 5km ke tempat parking kami di Ulu Bendul. 

Laluan denai dari ulu bendul
Setelah sejam berjalan sepanjang denai akhirnya inilah check point ke gunung angsi




Menyeberangi sungai




View from the peak





Kedai dalam hutan di laluan exit bukit putus
Gong Xi Fa Cai



Yeaahh dah sampai, buka kasut ada 2 bekas kena gigit pacat. 




Sunday, 2 March 2014

Ekspedisi menawan Gunung Datuk, Rembau

Tarikh: 22 Februari 2014
Masa: 9.00am 
Ahli kumpulan: Dalam 10-15 orang (terdiri daripada ahli Bomba, PDRM, pelajar kolej dan kami sebagai rakyat jelata..haha)
Pakaian: Seperti atlet sukan yang penuh bergaya..ermmm
Barang yang wajib dibawa ketika mendaki: Air mineral secukupnya, towel untuk lap peluh lah sangat, chocolate (penambah energy..erkk), smartphone (nak capture scenery yang cantik menarik lagi tertarik), powerbank, duit (kena bayar RM5 untuk pendaftaran), baju spare if nanti korang bermandikan peluh pula (optional) dan lain-lain yang korang rasa perlulah..hehe


Trip kali ini agak adventure kot dari trip yang sebelum ini kerana nak uji ketahanan fizikal dan mental ku..perghhh..kalau ikutkan yang ni bukan pengalaman pertama ku mendaki tau sebab sebelum ni pernah je naik broga dua kali..hehe kebetulan ada member ajak join mendaki Gunung Datuk, so apa salahnya follow kan..boleh la dijadikan training (peringkat gunung) sebelum hasrat ingin menawan mount kinabalu termakbul kelak..gunung datuk ni adalah puncak tertinggi di daerah rembau most wanted yooo..haha yang mana ketinggiannya melebihi 2,900 kaki (885 meter) dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan. Ermm dah cukup kot info yang ku perolehi ni..okay kengkawan, dalam kepenatan mendaki ini ku persembahkan hasil karya seni fotografi yang sempat ku captured sepanjang pendakian sehingga ke kemuncaknya. Taaddaaaa....

Kami sudah berjaya menawan gelaran Datuk!!
Sejarah Gunung Datuk
Maksudnya apa ni?
Perlu susuri sungai untuk mulakan pendakian.
Antara cabaran yang ada, mendaki dengan keadaan akar kayu menjalar
Masa untuk berehat setelah hampir 2 jam mendaki. Agak lama sebab banyak sangat berhenti ambil nafas..hehe
Mendaki selesai, kini untuk teruskan pendakian menggunakan tangga pula

Tangga pertama menuju puncak.
Ni la dia member yang ajak join mendaki Gunung Datuk.
Tangga kedua untuk ke puncak.
View from 2nd peak.
Menunggu giliran ke puncak yang teratas. Untuk makluman hanya 20 orang kot yang boleh menampung kapasiti di atas puncak Gunung Datuk. Space nya tak besar. So dah puas bergambar sila lah turun bagi peluang kat pendaki lain yeaaa
Still kat 2nd peak.
Nampak tak payahnya nak turun sekiranya anda gayat. Tangga terakhir untuk ke puncak. Angin kuat time ni maka berhati-hati laaa
Yeaaahhh saya dah di atas puncak..Agak kabus so tak nampak sangat selat melaka.
View from the top.
Berehat konon di celah batu. Dah memang panas terik wey, tak perlu la nak berteduh bagai..haha
Tapak kaki Hang Tuah.
Ok done, jom turun balik..Kesian pendaki lain yang menunggu tu

Ni antara ahli kumpulan kami.
Pokok besar ni time naik tak perasan plak, dah turun baru nampak.
Had so much fun, hikers. 

Please plan next ekspedisi mendaki gunung yeaaa, aku memang nak follow..Biar lah penat dan peluh bagai asalkan hasilnya sangat memuaskan hati..See you guys on the next trip!!!!