Ads by Nuffnang

Sunday, 2 March 2014

Ekspedisi menawan Gunung Datuk, Rembau

Tarikh: 22 Februari 2014
Masa: 9.00am 
Ahli kumpulan: Dalam 10-15 orang (terdiri daripada ahli Bomba, PDRM, pelajar kolej dan kami sebagai rakyat jelata..haha)
Pakaian: Seperti atlet sukan yang penuh bergaya..ermmm
Barang yang wajib dibawa ketika mendaki: Air mineral secukupnya, towel untuk lap peluh lah sangat, chocolate (penambah energy..erkk), smartphone (nak capture scenery yang cantik menarik lagi tertarik), powerbank, duit (kena bayar RM5 untuk pendaftaran), baju spare if nanti korang bermandikan peluh pula (optional) dan lain-lain yang korang rasa perlulah..hehe


Trip kali ini agak adventure kot dari trip yang sebelum ini kerana nak uji ketahanan fizikal dan mental ku..perghhh..kalau ikutkan yang ni bukan pengalaman pertama ku mendaki tau sebab sebelum ni pernah je naik broga dua kali..hehe kebetulan ada member ajak join mendaki Gunung Datuk, so apa salahnya follow kan..boleh la dijadikan training (peringkat gunung) sebelum hasrat ingin menawan mount kinabalu termakbul kelak..gunung datuk ni adalah puncak tertinggi di daerah rembau most wanted yooo..haha yang mana ketinggiannya melebihi 2,900 kaki (885 meter) dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan. Ermm dah cukup kot info yang ku perolehi ni..okay kengkawan, dalam kepenatan mendaki ini ku persembahkan hasil karya seni fotografi yang sempat ku captured sepanjang pendakian sehingga ke kemuncaknya. Taaddaaaa....

Kami sudah berjaya menawan gelaran Datuk!!
Sejarah Gunung Datuk
Maksudnya apa ni?
Perlu susuri sungai untuk mulakan pendakian.
Antara cabaran yang ada, mendaki dengan keadaan akar kayu menjalar
Masa untuk berehat setelah hampir 2 jam mendaki. Agak lama sebab banyak sangat berhenti ambil nafas..hehe
Mendaki selesai, kini untuk teruskan pendakian menggunakan tangga pula

Tangga pertama menuju puncak.
Ni la dia member yang ajak join mendaki Gunung Datuk.
Tangga kedua untuk ke puncak.
View from 2nd peak.
Menunggu giliran ke puncak yang teratas. Untuk makluman hanya 20 orang kot yang boleh menampung kapasiti di atas puncak Gunung Datuk. Space nya tak besar. So dah puas bergambar sila lah turun bagi peluang kat pendaki lain yeaaa
Still kat 2nd peak.
Nampak tak payahnya nak turun sekiranya anda gayat. Tangga terakhir untuk ke puncak. Angin kuat time ni maka berhati-hati laaa
Yeaaahhh saya dah di atas puncak..Agak kabus so tak nampak sangat selat melaka.
View from the top.
Berehat konon di celah batu. Dah memang panas terik wey, tak perlu la nak berteduh bagai..haha
Tapak kaki Hang Tuah.
Ok done, jom turun balik..Kesian pendaki lain yang menunggu tu

Ni antara ahli kumpulan kami.
Pokok besar ni time naik tak perasan plak, dah turun baru nampak.
Had so much fun, hikers. 

Please plan next ekspedisi mendaki gunung yeaaa, aku memang nak follow..Biar lah penat dan peluh bagai asalkan hasilnya sangat memuaskan hati..See you guys on the next trip!!!!

Saturday, 1 February 2014

Bandung, Indonesia. Pembuka Tirai 2014!

Assalamualaikum para pembaca yang dihormati (eh macam ada je orang nak singgah blog ko kan, haha lantak la). Disebabkan aku ni memang pantang tengok tiket flight murah, maka tanpa berfikir panjang kami pun TERbeli la tiket ke bandung untuk bulan Jan ni. RM162 return siapa tak nak wey, dah la bulan Dec 2013 baru beli. Tapi malangnya plan yang last minute ni sangat la tak mesra pelanggan, mana taknya pergi 25 Jan 2014 flight 8pm then balik Malaysia 27 Jan 2014 flight 4.30pm. Gila kejap kan..(Actually ingat nak balik hari je, uisshh lagi kerja gila kan..selamat tak buat begitu if yea menyesal aku nanti) Huhu

I am flying!! Lol
Kencangkan sabuk pengaman selama anda duduk, flight QZ. #airasiaindonesia
Pelancong luar perlu mengisi borang ini. 
Bapak-bapak, ibu-ibu kami udah sampai!!Alhamdullilah safely touch down.
Ermm, macam biasa aku la master dalam membuat itinerary ni..haha selamat sebelum ni aku dah pernah ke bandung, so chill je la wey..dijamin lancar perjalanannya..perghh kerek siot..haha Urusan hotel dah aku booked dari Malaysia, ku pilih Hotel Karmila, Jln IR.H Juanda sebab strategik (terletak di sepanjang jalan dago- factory outlet). Hotel ni biasa je tapi nyaman je aku stay sini, nah ni no nya +62224206778 if korang berminat la, standard room IDR380,000. 

Maaf ini gambar trip 2012. Trip ke bandung kali ni lupa nak bergambar depan hotel. 
Keadaan lobby hotel. Ermm not bad.
Sesampainya kami di Bandara Hussein Sastranegara Bandung, langsung ketemu sama supir yang telah ku booked melalui hotel, pickup charge dalam IDR150,000. On the way ke hotel kami minta pak supir singgah bentar di toko yang ada jual simcard, dapatlah beli kad line 3 untuk 2g dengan harga IDR100,000. Memandangkan malam masih muda maka seusai urusan luggage, kami keluar cari supper. 

Antara menu yang ada di Gampoeng Aceh. Near hotel.

Cane gula, supper. 
Plan untuk hari ni bermula jam 8am. Okay perjalanan hari ni kami guna service Pak JJ, 12 jam IDR400,000 naik mpv. Berminat call la +6281220131752. Jom ke tangkuban perahu, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Kat atas tu agak sejuk dan menurut tour guide kami (kawan kepada Pak JJ) gunung berapi ni baru je mengeluarkan lava nya bulan oktober 2013.

Pintu masuk Gunung Tangkuban Perahu. IDR75000 seorang + IDR15000 untuk parking. 
Haruslah ambil gambar kat signboard ni. 
Kawah ratu, kawah upas dan kawah baru. Nama Tangkuban Perahu diberi kerana kelihatan dari atas perahu yang terbalik akibat disepak oleh anak lelaki yang mencintai ibunya sendiri. #mitos
What a beautiful nature!!
View from the top of Tangkuban Perahu. 
Capek bingit, yok makan. 
Inilah minuman kegemaranku sepanjang berada di Indonesia. #tehbotol
Rupanya dorang ni jadi partime photographer kami dengan tujuan ingin menjual tasbih, gelang & etc. Haha kami beli juga kerana tasbih tu diperbuat daripada sulfur gunung berapi. After dah beli mereka ni menghilangkan diri. Fuhh terbaik strategi dorang. 
Lukisan batik asli yang terhasil daripada kulit pokok apa entah, tak ingat. 
Ok smile :)
Strawberry kat atas ni manis ya ampun. Enak lo.
Satu-satunya kawah yang boleh turun merasai kehangatan airnya. Kami malas nak pergi sini sebab kena merintasi hutan. Hehe. Boleh la if korang nak masak telur ke apa.
On the way turun dari gunung, nampak ada kebun teh. 
After gunung tangkuban perahu kami bercadang nak ke pasar baru tapi singgah lunch dulu di restoran sunda, fuhhh enak bangat makanan nya. Macam nak meleleh air liur bila ingat balik, euwww..haha 

Karamba Resto

Menu yang ada. Nampak ke tulisannya? Haha
Nasi putih, Gurame bakar, Sup ayam, Tempe goreng, Telur dadar & semestinya teh botol (tiada dalam gambar). Eh lupa sambal tumbuknya memang meletop da bomb.


Ikan gurame yang korang wajib cuba bila datang sini.
Ha amek kaw, pilih la yang mana korang suka. Telekung kat pasar baru.
Ni pula pelbagai kain sulam boleh dibeli. Murah wey, beli jangan tak beli. 
Agak-agak dah puas bershopping kat pasar baru tu kami balik hotel jap hantar barang yang dibeli dan tunaikan kewajipan Allah. Kemudian sambung lagi pergi factory outlet di jalan riau and dago. 






Penat berjalan maka jom buat foot massage di akar natural spa. 
Depan spa ada kedai makan, Mie Kocok Gakil. Yang di atas ni akunya makanan iaitu baso kuah. 
Ni dia Mie Kocok ayam pedas, huuh menyengat sampai member datang tempat ni esoknya before nak balik. 
Krupuk aci. 
Huhu, hari ni dah nak balik. Kan sekejap gila trip kali ni, ingat plan nak pergi trans studio tapi tak sempat la gamaknya. Kemas punya kemas, check punya check eh apa barang yang aku beli untuk diri sendiri ni? Semua barang orang ni, so memang pagi lepas breakfast kat hotel aku ajak adik aku pergi pasar baru borong barang sendiri pula. Dah settle baru gerak pergi Kartika Sari beli brownies, candies, bagelen bagai. Hari ni kami tak guna service Pak JJ, naik angkut sudah sebab dekat je. And jimat kot dalam 2-3 ribu je sorang. 


Nasi soto ayam
Bubur ayam tak pakai kicap. 
Kartika Sari jln dago.
Itu dia bagelen....
Seperti biasa every trip memang bermakna bagi aku and possibility to come back again is quite high. Tempat shopping la katakan, ni belum bawa parents lagi ni. Mau berjuta-juta dibawanya ke sana. But if you ask me, i prefer go sightseeing rather than shopping ni coz if shopping trip ni mesti lari budget nya (means that akan tukar duit lagi kat sana) Haha

Macam 7eleven.
Yang hijau tu lah angkut. 

Macam di sinetron, pelajar sekolah di Indonesia bebas memakai sepatu apa pun.
Home sweet home. Bye, adios. 
Hatur Nuhun...