Ads by Nuffnang

Tuesday, 13 May 2014

Night hiking at Bukit Saga, Cheras

Hahhaha, bulan ni memang dipenuhi dengan aktiviti outdoor je. Mana taknya weekdays pun aku belasah join group backpackers.my ni pergi hiking di Bukit Saga, Cheras (group yang sepatutnya aku join pergi hiking di gunung gap-gunung ulu semangkuk). Huhu sehari sebelumnya member tanya nak join ke tidak? Tanpa fikir panjang aku on je. Woooww ni kira first time hiking malam, cuak juga la kan.

Dalam jam 10pm kami mulakan pendakian yang mana starting point nya di Jalan Saga 28, Taman Saga. Yang aku dengar ada banyak laluan A, B, C dan D. Trek paling tegak adalah trek A. Dan rasanya kami ambil laluan A (malam tak nampak, hehe). Permulaan trekking tu ada laluan bertangga simen dan kat awal-awal simen tu kedengaran bunyi air terjun. Jumpa je tokong kecil nanti ada simpang ke laluan A, menegak je la daki sehingga ke puncak. 

Lebih kurang sejam lebih kami tiba di puncak. Selesai bergambar kat atas puncak kami bergerak ke kawasan lapang. Ada mini gym kat situ dan kemudahan untuk bercamping disediakan. Haa group ni first time aku join tak sangka pula tengah-tengah malam dorang boleh pakat masak steamboat. Perghhh memang sedap la kan..Meriah gila weyy lepas penat hiking melantak, then dah kenyang masing-masing malas nak turun balik. Hahaha lawak, eh tapi agak-agak dah sejam lepak kat atas kitorang turun ar..besok nak keje kot..jangka masa turun pun lebih kurang sejam.  


Disebabkan malam, maka hp simpan dalam poket je ar. Yang atas ni je la sempat kami snap sebelum mulakan perjalanan. Yang bawah ni semua hasil tangkapan abg wan, presiden backpackers.my..thanks yea beri kebenaran share di sini :) (eh ye2 je dah minta izin..oopss sorry)


Suluh jangan tak suluh.
Orang lain sibuk memasak aku tolong tengok je la. Nanti banyak tangan lain
plak jadinya..hahaaha alasan

Perut kenyang suka hati je lompat. Bye. 

No comments:

Post a Comment