Tarikh: 12 April 2014
Masa: 8.00am
Ahli kumpulan: 9 orang (geng hikers Gunung Datuk hari tu, ada new hikers gak)
Wang pendaftaran: RM5 (sijil disertakan..perghh)
Every month kena hiking!! (Januari and March dikecualikan sebab pergi travel & holiday..poyooss) Tu azam baru untuk 2014 kononnya, maka trip ni dikira untuk lepas gian la haha..if tak dapat join memang aku mengamuk..hehe Sebab patutnya last week aku join group backpackers pergi Gunung Gap-Gunung Ulu Semangkuk. Malangnya terdapat beberapa alasan yang membuatkan aku tak dapat pergi..Sedihhh
Tak pe la kan, insyaAllah next time boleh pergi..So after breakfast kami bergerak ke Ulu Bendul. Korang sedia maklum yeaa, Gunung Angsi ni terletak di Tanjung Ipoh yang mana terletak di daerah Kuala Pilah, Nogori Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian. Pencinta alam sekitar boleh la lihat pelbagai pokok tropika sepanjang pendakian dan pemandangan gunung-ganang dari puncak.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Trail mendaki kami pilih dari Ulu Bendul manakala trail menurun kami lalu Bukit Putus. Dapat merasai dua laluan yang berbeza. Tapi dari exit Bukit Putus tu kena jalan dalam 5km ke tempat parking kami di Ulu Bendul.
Laluan denai dari ulu bendul |
Setelah sejam berjalan sepanjang denai akhirnya inilah check point ke gunung angsi |
Menyeberangi sungai |
View from the peak |
Kedai dalam hutan di laluan exit bukit putus |
Gong Xi Fa Cai |
Yeaahh dah sampai, buka kasut ada 2 bekas kena gigit pacat. |
No comments:
Post a Comment