Ads by Nuffnang

Tuesday, 29 April 2014

Eskpedisi menawan Gunung Angsi, Kuala Pilah

Tarikh: 12 April 2014

Masa: 8.00am 

Ahli kumpulan: 9 orang (geng hikers Gunung Datuk hari tu, ada new hikers gak)

Wang pendaftaran: RM5 (sijil disertakan..perghh)

Every month kena hiking!! (Januari and March dikecualikan sebab pergi travel & holiday..poyooss) Tu azam baru untuk 2014 kononnya, maka trip ni dikira untuk lepas gian la haha..if tak dapat join memang aku mengamuk..hehe Sebab patutnya last week aku join group backpackers pergi Gunung Gap-Gunung Ulu Semangkuk. Malangnya terdapat beberapa alasan yang membuatkan aku tak dapat pergi..Sedihhh

Tak pe la kan, insyaAllah next time boleh pergi..So after breakfast kami bergerak ke Ulu Bendul. Korang sedia maklum yeaa, Gunung Angsi ni terletak di Tanjung Ipoh yang mana terletak di daerah Kuala Pilah, Nogori Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian. Pencinta alam sekitar boleh la lihat pelbagai pokok tropika sepanjang pendakian dan pemandangan gunung-ganang dari puncak.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Trail mendaki kami pilih dari Ulu Bendul manakala trail menurun kami lalu Bukit Putus. Dapat merasai dua laluan yang berbeza. Tapi dari exit Bukit Putus tu kena jalan dalam 5km ke tempat parking kami di Ulu Bendul. 

Laluan denai dari ulu bendul
Setelah sejam berjalan sepanjang denai akhirnya inilah check point ke gunung angsi




Menyeberangi sungai




View from the peak





Kedai dalam hutan di laluan exit bukit putus
Gong Xi Fa Cai



Yeaahh dah sampai, buka kasut ada 2 bekas kena gigit pacat. 




Sunday, 13 April 2014

Weekend Getaway to Penang #streetart #warmuseum

Ini sambungan dari entry sebelum ni..haha agak kelewatan meng'update'kannya..boleh jadi tepu juga la ingatan ni.. Hashtag throwback tau..Ok its Sunday guys, 9th March 2014. Second day of missing flight MH370. Selain berdoa, kita yang masih hidup haruslah menjalani kehidupan seperti biasa dan today we'll be my last day in Penang. Yes, it's just a short trip so lets explore as much as you can.

This was one of my wishlists, captured the Penang street art. Siap request lagi kat member yang stay Penang untuk pergi ke sini..Thanks babe by the way for fulfill my wish list. Korang layan la beberapa gambar yang sempat ku snap kat tempat ni. Eh lupa pula nak bagitau, better korang sewa basikal RM10 untuk sehari. Ianya lagi mudah untuk korang mencari lukisan street art ni dipamerkan sebab ianya berada di lorong-lorong yang agak terpencil..haha Kami pun perasan bila orang berkerumun kat suatu tempat tu, suspek mesti ada lukisan kat situ..Actually ada map tapi tak reti sangat nak baca, alasan je tu, cakap je la malaskan.. :)

Ni basikal yang kami sewa. 
Aiskrim kepal.
Cuaca panas. Walaupun aiskrim ni menarik tapi kami pilih untuk beli air sejuk,
hilangkan dahaga.





Ni bukan street art tapi terjumpa, nampak macam menarik..






Agak-agak dah rasa diri tu burn akibat panas yang melampau, we end our cycling. Tak semua street art yang kami jumpa, pusing nya pusing eh macam dah jauh pula. Nanti sampai ke seberang jaya kami cycling..haha Lepas dah serah basikal tu kepada empunya kitorang gerak menuju ke Penang War Museum. 

Penang second bridge dapat dilihat dari Penang War Museum dengan jelas.

Paintball park pun ada disediakan.
Orang kat kaunter tu kata nanti ada orang 'jaga' kat setiap check point.
Ermm orang betul takde pun. huhu
Okay tempat ni macam menarik. Nak tau kenapa? At first kami plan nak pergi Penang War Museum pada waktu malam iaitu pada hari aku fly ke penang, jumaat tu. Ramai yang kata tempat ni dianggap antara tempat yang paling berhantu di Asia. Wooww bunyi seram tu. Tapi malangnya plan tu tak jadi sebab lambat sangat dah time tu, plus rupa-rupanya if nak buat night tour kena book awal-awal. Thanks God. Haha 

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad 9am to 11pm (if nak buat ghost tour kena buat book reservation dulu yeaa)
Harga tiket: RM20 untuk dewasa & RM10 untuk budak.

Muzium perang sebesar 20 ekar yang dibina di Bukit Batu Maung ini sebenarnya adalah bekas kubu British pada waktu perang Dunia ke-2. Dibina pada tahun 1930an, kubu ini kemudiannya ditukar menjadi penjara dan kem seksaan untuk askar Melayu, Sikh dan British yang ditawan oleh tentera Jepun apabila mereka berjaya merampas bukit ini. Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun.

Hari ini, kubu yang berusia ini telah dipulihkan kembali sebagai muzium dan simpanan sejarah untuk tatapan generasi yang bertuah tidak melalui zaman perang. Anda akan dapat melihat kesan tinggalan seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata dan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah dan sisa kubu perang yang masih tinggal.



Kami masuk halfway terowong ni, lepas tu patah balik.
Rasa lain macam je. Tak berani ar..






Tempat pancung kepala orang. Tengkorak pun masih ada kat situ.





Fly back home.