Tarikh: 22 Februari 2014
Masa: 9.00am
Ahli
kumpulan: Dalam 10-15 orang (terdiri daripada ahli Bomba, PDRM, pelajar kolej dan
kami sebagai rakyat jelata..haha)
Pakaian:
Seperti atlet sukan yang penuh bergaya..ermmm
Barang yang
wajib dibawa ketika mendaki: Air mineral secukupnya, towel untuk lap peluh lah
sangat, chocolate (penambah energy..erkk), smartphone (nak capture scenery yang cantik menarik lagi tertarik), powerbank, duit (kena bayar RM5 untuk pendaftaran),
baju spare if nanti korang bermandikan peluh pula (optional) dan lain-lain yang
korang rasa perlulah..hehe
Trip kali ini agak adventure kot dari trip yang
sebelum ini kerana nak uji ketahanan fizikal dan mental ku..perghhh..kalau ikutkan yang ni bukan pengalaman pertama ku mendaki tau sebab sebelum ni pernah je naik broga dua kali..hehe kebetulan ada member ajak join mendaki Gunung
Datuk, so apa salahnya follow kan..boleh la dijadikan training (peringkat gunung) sebelum hasrat ingin menawan mount kinabalu termakbul kelak..gunung datuk ni adalah puncak tertinggi di daerah rembau most wanted
yooo..haha yang mana ketinggiannya melebihi 2,900 kaki (885 meter) dan di gunung ini juga
letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki
gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di
bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut
hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki
di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang
dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan. Ermm dah cukup kot info yang ku perolehi ni..okay kengkawan, dalam kepenatan mendaki ini ku persembahkan hasil karya seni fotografi yang sempat ku captured sepanjang pendakian sehingga ke kemuncaknya. Taaddaaaa....
|
Kami sudah berjaya menawan gelaran Datuk!! |
|
Sejarah Gunung Datuk |
|
Maksudnya apa ni? |
|
Perlu susuri sungai untuk mulakan pendakian. |
|
Antara cabaran yang ada, mendaki dengan keadaan akar kayu menjalar |
|
Masa untuk berehat setelah hampir 2 jam mendaki. Agak lama sebab banyak sangat berhenti ambil nafas..hehe |
|
Mendaki selesai, kini untuk teruskan pendakian menggunakan tangga pula |
|
Tangga pertama menuju puncak. |
|
Ni la dia member yang ajak join mendaki Gunung Datuk. |
|
Tangga kedua untuk ke puncak. |
|
View from 2nd peak. |
|
Menunggu giliran ke puncak yang teratas. Untuk makluman hanya 20 orang kot yang boleh menampung kapasiti di atas puncak Gunung Datuk. Space nya tak besar. So dah puas bergambar sila lah turun bagi peluang kat pendaki lain yeaaa |
|
Still kat 2nd peak. |
|
Nampak tak payahnya nak turun sekiranya anda gayat. Tangga terakhir untuk ke puncak. Angin kuat time ni maka berhati-hati laaa |
|
Yeaaahhh saya dah di atas puncak..Agak kabus so tak nampak sangat selat melaka. |
|
View from the top. |
|
Berehat konon di celah batu. Dah memang panas terik wey, tak perlu la nak berteduh bagai..haha |
|
Tapak kaki Hang Tuah. |
|
Ok done, jom turun balik..Kesian pendaki lain yang menunggu tu |
|
Ni antara ahli kumpulan kami. |
|
Pokok besar ni time naik tak perasan plak, dah turun baru nampak. |
|
Had so much fun, hikers. |
Please plan next ekspedisi mendaki gunung yeaaa, aku memang nak follow..Biar lah penat dan peluh bagai asalkan hasilnya sangat memuaskan hati..See you guys on the next trip!!!!
No comments:
Post a Comment