Seperti yang diwar-warkan in my welcome entry, naahh ini dia sebahagian cerita tentang aktiviti travel saya. hashtag throwback. hehe.
Selalu sangat holiday dengan kawan, so kali ni
saya nak bawa family pergi bercuti ke bumi kenyalang selama 4 hari. Bulan ogos 2013
memang dipenuhi dengan holiday je. Mana taknya dah la raya kan, then saya bercuti ke
Melbourne pastu selang beberapa hari Kuching plak..thumbs up azza, memang poket
hang bocor je la bulan ni..haha love it!!
Flight kami jam 9.45am dari lcct..so kena gerak
dari rumah awal sikit sebab nak breakfast dulu dan kemudian nak cari parking
(we parked our car for RM16 per day). About 1 and a half hours, kami sampai di kuching international
airport.
Kuching International Airport |
Urusan sewa kereta telah pun kami lakukan
before sampai di sini tapi tak sangka pula keluar je airport jiran kami masa saya
kecil dah tunggu kami. Maka jawabnya tak jadi la nak sewa kereta, pinjam kereta
dorang je la..hehe
Day
1 – tak banyak aktiviti yang kami lakukan pada hari
pertama, hanya berjalan di waterfront..menikmati suasana Bandar kuching
je..
Kebetulan di waterfront ada open house sempena raya aidilfitri, so apa lagi jom la makan..hehe
Day
2 – ermm bangun pagi apa yang kitorg buat
ek?...alamak tak ingat dah..haha okay rasanya breakfast dulu, makan roti canai
kat kedai mamak (of course jiran kamek orang la yang bawa, so nama kedai memang sik
ingat) haha terkeluar pula dialek Sarawak..Then kitorg pergi Sarawak state museum, located
at Jalan Tun Abang Haji Openg. Islamic museum pun kitorang masuk, kononnya nak
belajar sejarah Sarawak.
Baru la dinamakan lawatan sambil belajar, hehe. We had our lunch at SCR, Singapore Chicken Rice (merdeka mall). Kemudian, kami berjalan di hadapan waterfront bagi tujuan membeli buah tangan untuk dibawa balik semenanjung..
souvenirs time!! |
In the evening, we lepak
di pantai near mount Santubong, sik ingat namanya..
Tu dia Gunung Santubong |
Dinner pula makan kat barok,
ouhh yang ni memang sedap gila ar..setiap kali pergi sana, kedai ni memang wajib dikunjungi..
Suasana dalam kedai barok |
By the way nak pergi sana kami naik boat depan waterfront dengan
tambangnya rm0.50 je sorang..one way okay but after 10pm tambangnya jadi rm1..
Day
3 – hari ni nya sarapan pagi ni memang menarik iaitu mee kolok!!
Mee nya rupa macam meggi & ada sup yang diletak berasingan. Rasa nya sedap tau,
korang wajib cuba..hehe..
Ini dia mee kolok |
Main entrance of Kampung Budaya |
At Kenyalang Statue |
Tarian budaya Negeri Sarawak |
Rumah Melayu Tradisional |
Rumah Cina |
Balik je dari kampung budaya, kami terus gerak ke kedai kek lapis mira..gila banyak kitorg borong sampai 2 kotak besar & 1 kotak kecil..range harga kek antara rm10 & rm20..Makan malam kami hari ni akan disediakan oleh jiran kami iaitu laksa sarawak..yummyyy!! hehe
Day 4 – okay hari ni kami adik beradik nak relax dalam hotel je sebab our parents nak pergi pasar satok borong ikan terubok masin. Tak berminat nak follow dorang..petang ni kami dah nak pulang tapi sebelum tu makan tengahari kami akan disediakan oleh jiran kami..wooowww ada sayur medin, manok (ayam- cara masakan orang iban), ikan goreng terubok masin, sayur labu masak lemak, sambal yang umpphhh sedap & pedas, air ribena..huh menyengat selera kami sekeluarga.
The end. |
aku pun baru plan nk update percutian aku ke sarawak 2010..hahaha..byk dh yg lupa n aku rs srwk mcm xbest sgt..ko kasi review sket best ke x g sn
ReplyDeleteHehe lupa nk mention kt reply box..my comment as per below
DeleteHaha aku pun dah lupa trip yg lps2 ni..blh share mana yg ingat je la..ermm kuching ni best dr segi makanan nya..attraction places for tourist tak byk sgt..best sabah lg aku rasa..hehe
ReplyDelete