Assalamualaikum para pembaca yang dihormati (eh macam ada je orang nak singgah blog ko kan, haha lantak la). Disebabkan aku ni memang pantang tengok tiket flight murah, maka tanpa berfikir panjang kami pun TERbeli la tiket ke bandung untuk bulan Jan ni. RM162 return siapa tak nak wey, dah la bulan Dec 2013 baru beli. Tapi malangnya plan yang last minute ni sangat la tak mesra pelanggan, mana taknya pergi 25 Jan 2014 flight 8pm then balik Malaysia 27 Jan 2014 flight 4.30pm. Gila kejap kan..(Actually ingat nak balik hari je, uisshh lagi kerja gila kan..selamat tak buat begitu if yea menyesal aku nanti) Huhu
|
I am flying!! Lol |
|
Kencangkan sabuk pengaman selama anda duduk, flight QZ. #airasiaindonesia |
|
Pelancong luar perlu mengisi borang ini. |
|
Bapak-bapak, ibu-ibu kami udah sampai!!Alhamdullilah safely touch down. |
Ermm, macam biasa aku la master dalam membuat itinerary ni..haha selamat sebelum ni aku dah pernah ke bandung, so chill je la wey..dijamin lancar perjalanannya..perghh kerek siot..haha Urusan hotel dah aku booked dari Malaysia, ku pilih Hotel Karmila, Jln IR.H Juanda sebab strategik (terletak di sepanjang jalan dago- factory outlet). Hotel ni biasa je tapi nyaman je aku stay sini, nah ni no nya +62224206778 if korang berminat la, standard room IDR380,000.
|
Maaf ini gambar trip 2012. Trip ke bandung kali ni lupa nak bergambar depan hotel. |
|
Keadaan lobby hotel. Ermm not bad. |
Sesampainya kami di Bandara Hussein Sastranegara Bandung, langsung ketemu sama supir yang telah ku booked melalui hotel, pickup charge dalam IDR150,000. On the way ke hotel kami minta pak supir singgah bentar di toko yang ada jual simcard, dapatlah beli kad line 3 untuk 2g dengan harga IDR100,000. Memandangkan malam masih muda maka seusai urusan luggage, kami keluar cari supper.
|
Antara menu yang ada di Gampoeng Aceh. Near hotel.
|
Cane gula, supper. |
|
Plan untuk hari ni bermula jam 8am. Okay perjalanan hari ni kami guna service Pak JJ, 12 jam IDR400,000 naik mpv. Berminat call la +6281220131752. Jom ke tangkuban perahu, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Kat atas tu agak sejuk dan menurut tour guide kami (kawan kepada Pak JJ) gunung berapi ni baru je mengeluarkan lava nya bulan oktober 2013.
|
Pintu masuk Gunung Tangkuban Perahu. IDR75000 seorang + IDR15000 untuk parking. |
|
Haruslah ambil gambar kat signboard ni. |
|
Kawah ratu, kawah upas dan kawah baru. Nama Tangkuban Perahu diberi kerana kelihatan dari atas perahu yang terbalik akibat disepak oleh anak lelaki yang mencintai ibunya sendiri. #mitos |
|
What a beautiful nature!! |
|
View from the top of Tangkuban Perahu. |
|
Capek bingit, yok makan. |
|
Inilah minuman kegemaranku sepanjang berada di Indonesia. #tehbotol |
|
Rupanya dorang ni jadi partime photographer kami dengan tujuan ingin menjual tasbih, gelang & etc. Haha kami beli juga kerana tasbih tu diperbuat daripada sulfur gunung berapi. After dah beli mereka ni menghilangkan diri. Fuhh terbaik strategi dorang. |
|
Lukisan batik asli yang terhasil daripada kulit pokok apa entah, tak ingat. |
|
Ok smile :) |
|
Strawberry kat atas ni manis ya ampun. Enak lo. |
|
Satu-satunya kawah yang boleh turun merasai kehangatan airnya. Kami malas nak pergi sini sebab kena merintasi hutan. Hehe. Boleh la if korang nak masak telur ke apa. |
|
On the way turun dari gunung, nampak ada kebun teh. |
After gunung tangkuban perahu kami bercadang nak ke pasar baru tapi singgah lunch dulu di restoran sunda, fuhhh enak bangat makanan nya. Macam nak meleleh air liur bila ingat balik, euwww..haha
|
Karamba Resto |
|
Menu yang ada. Nampak ke tulisannya? Haha |
|
Nasi putih, Gurame bakar, Sup ayam, Tempe goreng, Telur dadar & semestinya teh botol (tiada dalam gambar). Eh lupa sambal tumbuknya memang meletop da bomb.
|
Ikan gurame yang korang wajib cuba bila datang sini. |
|
Ha amek kaw, pilih la yang mana korang suka. Telekung kat pasar baru. |
|
Ni pula pelbagai kain sulam boleh dibeli. Murah wey, beli jangan tak beli. |
|
Agak-agak dah puas bershopping kat pasar baru tu kami balik hotel jap hantar barang yang dibeli dan tunaikan kewajipan Allah. Kemudian sambung lagi pergi factory outlet di jalan riau and dago.
|
Penat berjalan maka jom buat foot massage di akar natural spa. |
|
Depan spa ada kedai makan, Mie Kocok Gakil. Yang di atas ni akunya makanan iaitu baso kuah. |
|
Ni dia Mie Kocok ayam pedas, huuh menyengat sampai member datang tempat ni esoknya before nak balik. |
|
Krupuk aci. |
Huhu, hari ni dah nak balik. Kan sekejap gila trip kali ni, ingat plan nak pergi trans studio tapi tak sempat la gamaknya. Kemas punya kemas, check punya check eh apa barang yang aku beli untuk diri sendiri ni? Semua barang orang ni, so memang pagi lepas breakfast kat hotel aku ajak adik aku pergi pasar baru borong barang sendiri pula. Dah settle baru gerak pergi Kartika Sari beli brownies, candies, bagelen bagai. Hari ni kami tak guna service Pak JJ, naik angkut sudah sebab dekat je. And jimat kot dalam 2-3 ribu je sorang.
|
Nasi soto ayam |
|
Bubur ayam tak pakai kicap. |
|
Kartika Sari jln dago. |
|
Itu dia bagelen.... |
Seperti biasa every trip memang bermakna bagi aku and possibility to come back again is quite high. Tempat shopping la katakan, ni belum bawa parents lagi ni. Mau berjuta-juta dibawanya ke sana. But if you ask me, i prefer go sightseeing rather than shopping ni coz if shopping trip ni mesti lari budget nya (means that akan tukar duit lagi kat sana) Haha
|
Macam 7eleven. |
|
Yang hijau tu lah angkut. |
|
Macam di sinetron, pelajar sekolah di Indonesia bebas memakai sepatu apa pun. |
|
Home sweet home. Bye, adios. |
Hatur Nuhun...